Krabi, Thailand - Part 2

DAY 2

Hari yang paling ditunggu-tunggu oleh kami ber-6..

Aktiviti utama hari ini ialah Island Hopping & Snorkeling (ada 4 pulau iaitu Twin island, Chicken island, Poda island & Phranang beach)

Aktiviti ni bermula dari jam 9.00 am dan tamat pada jam 4.00 pm.  (aktiviti 4 island hopping & snorkeling & lunch termasuk dalam pakej ) 

Maka dengan itu, semua pun bangun seawal yang mungkin..

Siap dengan bikini masing2..

Yakin tubuh badan dan wajah dilitupi sun-block..

So, kami pun berduyun-duyun breakfast..

Tepat jam 8.00 am (jam siam)

Kami dijemput oleh van agen Baracudda Tour..

Riak wajah kami sekalian memang tidak ubah seperti kanak-kanak ribena yang riang..

Nggak percaya.. Biar gambar yang omong-kan.. ;)

breakfast at hotel ~ aku, yayan, lyea & adik2nya memang excited gila.. kecuali akak yang sorang tu.. time cuti2 cenggini sempat lagi bawa lappy & kerja office.. huhuhu

seperti yang anda lihat.. menu utama kami berasaskan TELUR.. untuk kami saja setiap pagi hotel ni terpaksa spend 1 tray telur.. hahaha

waiting point ~ Ao Nang Pier.. Barracudas Tour.. Itulah nama agen kami di sana.. Mesti pakai sticker aaa.. Kalau nda tu tekong nda kasi naik di bot tu.. hahaha ;)
Ni awal pagi lagi.. Semua masih fresh.. Putih melepak.. Sopa-Excited mo naik tongkang! ;)

Atas tongkang.. Nda ba.. Ni dorang panggil Long-Tail Boat.. Pemandangan Pier Ao Nang dari tongkang.. ;)

Twin Island ~ dari jauh sudah boleh nampak daging2 salai berjemuran.. Pulau ni kecik ja.. Namun orang yang datang macam semut..

Twin Island ~ Time ni.. Semua sakai belaka mo snorkeling.. Padahal kaki cecah tanah.. Hahaha.. Namun air nya memang jernih & sejuk la.. Pantainya jua memang cantik.. Nda kisah sudah tu panas terik.. Once in a life time ba.. Bila lagi! ;)

Chicken Island ~ Memang cantik & unik ni pulau ciptaan Tuhan.. Aku nda nampak rupa chicken pun.. Macam rupa Unta ba.. hihihi

Chicken Island ~ Di sini kaki betul2 nda cecah apa2.. Sudah la nda pandai berenang.. Mengharap dengan life-jacket ja.. Hahaha.. See.. Ada ikan2 lalu lalang keliling badan lagi.. Umpan pakai roti paun ja.. ;)

Poda Island ~ Di sini kami singgah makan.. Layan ja la model2 Poda island & aksi melompat lebih tinggi tu aa.. :p

Phranang Island ~ Sini semua dah kepenatan.. Tapi tetap ada mood mo berendam.. Layan ja aksi Duyung Terdampar..


Ao Nang Pier ~ Habis sudah aktiviti island hopping & snorkeling.. Kulit sekalian jua sudah itom2 belaka.. Bergambar di atas Tuk Tuk!

Aktiviti di malam hari.. Free & Easy.. Dinner ni bukan termasuk dalam pakej.. Atas bantuan receptionist kami.. Beliau mencadangkan kami makan di Chaba Thai Kitchen ~ Ternyata memang berbaloi2 kami mencuba.. Highly recommended! Tomyam seafood nya.. Betul2 tip top! ;)

Ok! tammat Part 2..

Banyak gambar lebih 1k.. Lepas tapis-tapis ini saja lah yang mampu disiarkan.. hehehe.. jangan mareee..

Thanks for waiting my entry..

Bah.. Next.. Part 3.. Coming soon.. ;)

13 comments:

Anonymous said...

Syioknya. Sa terasa mo p sana juga. Minta tips nowriz! :D

Unknown said...

aku suke tengok pemandangan air laut dan sekelilingnya... best.... hurm... rasa macam nak pergi sana je..

emy|farid said...

part makan2 sgt menggiurkan...

E said...

waaa..syoknya...byk pulau..

aemynadira said...

waaa so much fun! enjoy berabis ko dalink..hehe...chicken island! mmg betul2 mcm ayam owh.. :p

Anonymous said...

Gorgeous Sexy holiday...love it! ;)

Dayz J said...

Eh, nowriz pun ada ikut trip krabi sama kak Tiny dengan Yayan? Ohh =)

Unknown said...

flo ~ memang siyok sia bilang!! klu mo pegi atur trip dr skrg.. nxt year jalan.. ;)

limin ~ kalau suka percutian bau2 pantai & suasana pulau.. memang sesuai la ke Krabi.. ;)

emy ~ sepanjang bercuti di sana.. hari2 makan tom yam.. makanan di sana not bad.. sedap juga.. & senang cari makanan halal.. ;)

echa ~ sangat banyak pulau.. yang kami betul2 singgah 4 pulau ja.. tp d sepanjang atas boat tu.. memang boleh nampak banyak pulau2 kecil & unik2.. ;)

wyne ~ ofcos!! once in a life time ba... hihi.. ;)

Dayz J ~ iya.. kami sama2 study dulu.. ni percutian+reunion plus bachelorette party.. hihih ;)

eyanz ~ iya.. sekali skala berjalan2 tempat org.. tengok gaya kehidupan dorang.. budaya dorang.. hihi.. ;)

Dayz J said...

bachelorette untuk siapa? si yayan kah? hahahah aku kestau kak tiny, ada blog nmpak dia pakai bikini ropol-ropol, cemas dia.. hahahaha

Yen said...

girls only meh? hehe..koh samui ko sda pigi nowriz?

Okayarms said...

Cantik o kan tu pulau Chicken. Adaka rupa unta. Nampak macam tangan menggenggam ni tu batu besar hahaa.

Hujung tahun ni sia pigi Thailand juga. Bangkok hehee.

Happy Friday, Nowriz!

beaty said...

wah siok kamu snorkeling owh..jernih juga air dia ni

Dora said...

eee sy pun mau pigi jg oo! cantik tempat da

Labels