La Korn Krabi

Day 4

Hari ke-4.. Adalah terakhir kami di bumi Krabi.. La Korn membawa maksud Selamat Tinggal.. (TQ mr. google translate! :p )

Perasaan ketika itu bercampur baur.. Rasa bersyukur, happy, terkejut, sedih dan macam-macam rasa lagi..

Pagi hari ke-4 kami check-out dari City Hotel, Krabi Town..

Dan kembali ke Timber House, Ao Nang.. Suasana di Ao Nang sangat lengang & tenang.. Tapi, peniaga-peniaganya awal pagi lagi sudah buka kedai..

Ada juga pelancong2 yang sudah mula berkeliaran keluar berjalan2 di sekitar pantai Ao Nang..

Sepertinya, tiada apa-apa yang berlaku semalam!!

Andai kata Tsunami betul2 terjadi.. Phuket, Phi Phi island & juga Ao Nang antara destinasi yang terjejas teruk akibat Tsunami.

Namun, Syukur!!.. Kami ber-6 hanya diberi sedikit dugaan & 'choba-an' kecil. Dan kami sangat bersyukur kerna diberi pengalaman seperti ini. Ianya sangat2 berharga.. Pengalaman yang sampai akhir nyawa pun tidak mungkin dilupakan..  :)

Jom layan gambal detik2 terakhir kami di Krabi..


Suasana pagi di City Hotel, Krabi Town.. Lebih kurang 13 jam selepas Tsunami Warning ditarik balik.  

Breakfast at Timber House, Ao Nang.. Pagi terakhir kami di sini..

Sekitar Ao Nang.. Juga hari terakhir kami di sini..

Krabi Tiger Cave - Wat Tham Sua, destinasi terakhir yang kami lawati.. Suasana di sini lebih kurang Batu Caves la.. Di sini pun ada tangga mo didaki.. Tapi nda juga tinggi la ada 1,272 anak tangga ja.. :p

Krabi Tiger Cave.. Tempat ni sangat luas.. Nda cukup masa mo explore semua.. Huhu..

The postcard & Krabi landmarks.

La Korn.. ;)


Labels