La Korn Krabi

Day 4

Hari ke-4.. Adalah terakhir kami di bumi Krabi.. La Korn membawa maksud Selamat Tinggal.. (TQ mr. google translate! :p )

Perasaan ketika itu bercampur baur.. Rasa bersyukur, happy, terkejut, sedih dan macam-macam rasa lagi..

Pagi hari ke-4 kami check-out dari City Hotel, Krabi Town..

Dan kembali ke Timber House, Ao Nang.. Suasana di Ao Nang sangat lengang & tenang.. Tapi, peniaga-peniaganya awal pagi lagi sudah buka kedai..

Ada juga pelancong2 yang sudah mula berkeliaran keluar berjalan2 di sekitar pantai Ao Nang..

Sepertinya, tiada apa-apa yang berlaku semalam!!

Andai kata Tsunami betul2 terjadi.. Phuket, Phi Phi island & juga Ao Nang antara destinasi yang terjejas teruk akibat Tsunami.

Namun, Syukur!!.. Kami ber-6 hanya diberi sedikit dugaan & 'choba-an' kecil. Dan kami sangat bersyukur kerna diberi pengalaman seperti ini. Ianya sangat2 berharga.. Pengalaman yang sampai akhir nyawa pun tidak mungkin dilupakan..  :)

Jom layan gambal detik2 terakhir kami di Krabi..


Suasana pagi di City Hotel, Krabi Town.. Lebih kurang 13 jam selepas Tsunami Warning ditarik balik.  

Breakfast at Timber House, Ao Nang.. Pagi terakhir kami di sini..

Sekitar Ao Nang.. Juga hari terakhir kami di sini..

Krabi Tiger Cave - Wat Tham Sua, destinasi terakhir yang kami lawati.. Suasana di sini lebih kurang Batu Caves la.. Di sini pun ada tangga mo didaki.. Tapi nda juga tinggi la ada 1,272 anak tangga ja.. :p

Krabi Tiger Cave.. Tempat ni sangat luas.. Nda cukup masa mo explore semua.. Huhu..

The postcard & Krabi landmarks.

La Korn.. ;)


Krabi, Thailand - Part 3

Day 3

Hari ke ke-3 ada hari yang penuh dengan drama.. Penuh warna.. Ada suka, ada sedih.. Kalau kamurang masih ingat 11 April 2012 adalah hari menggegarkan bumi Acheh, Indonesia. Di sana sini Tsunami warning dikeluarkan dan Krabi tidak terkecuali..

Kalau ikutkan pakej yang kami ambil tu.. Hari ke-3 adalah acara bebas.

Abang Rasheed (tour guide) kami mencadangkan kami beberapa aktiviti.  Antaranya jalan2 naik feri ke Phuket, Elephant Jungle Trekking dan ada beberapa tempat lagi (huh, lupa sudah!).  Setelah kami berbincang.. 

Akhirnya, kami bersetuju untuk mengambil pakej Elephant Jungle Trekking/ Sightseeing Fish Farm/Krabi Town/Souvenir Shop/Outlet Village Krabi-Factory Outlet dengan bayaran RM60 satu kepala..Semuanya aktiviti di darat.. :)

Gambal2 nya..

selepas breakfast di hotel.. kami diambil oleh wife tour guide kami.. sebelum meneruskan ke acara hoo-haa.. acara paling penting.. 'kurik' duit di ATM.. kehabisan cash sudah..
nota photo : kurik duit di atm.. kena servis caj rm15.. :|

Acara Pertama - Elephant Jungle Trekking at Sumate Koh Lanta Yai Safari.. Yang pondok2 tu ialah entrance-nya.. Yang Mazda color putih tu.. Kereta tour guide kami.. :p
Nota photo : Dan sebenarnya.. Pakej yang kami dapat ni adalah sangat murah.. Keseluruhan pakej hari ke-3 dari pagi sampai petang ini, kami hanya dicaj RM60 per head. (fee entrance/ duit minyak)

Jungle la sangat.. Dan yang sebenarnya.. Ia hanyalah ladang getah.. Namun seperti yang anda lihat.. Ladangnya sangat terjaga..
Me & Lyea.. Photo di atas gajah.. Seni orang siam.. Daun menjadi belalang.. Nampak tulisan di topi tu.. Gajah pun mau tips ok.. Bukan orang seja.. :p
Krabi Coastal Fisheries Research & Dev. Center.. Di sini terdapat pelbagai jenis ikan.. Tolak dugong ja.. :p
Souvenir Shop at Krabi Pearl.. Macam-macam ada dijual di sini.. Menurut tour guide kami.. Souvenir di sini murah2.. Namun setelah diteliti.. Dan yang sebenarnya, harga barang2nya agak mahal berbanding deretan kedai di Ao Nang Pier.. Lagi pun di sini harga fix... Teda harga kawan2... ;)

Lunch!Makan di sini sedap & murah.. Menu utama ofcos la Tom Yum Seafood.. Suasana di sini ala-ala kedai makan di kampung baru, KL..  (Lupa sudah nya kedai di sini ni.. Ada gambar signboard restoran.. tapi tulisan siam.. oh my siam!! ;)
Krabi River.. Abang Rasheed tu cakap.. Kalau datang Krabi nda bergambar dengan ketam2 kaluk ni.. Maksudnya kamu nda habis pusing Krabi lagi.. Hihihi.. ;)
Outlet Village Krabi.. Baju2 di sini memang murah gilerr.. Namun, cash hampir habis.. Nda bulih shopping.. Pusing2 ja.. Time ni sejam sebelum kami dapat berita Tsunami warning.. :|
Sri Krabi Souvenir Shop.. Tsunami warning.. Time ni macam-macam rasa ada.. Muka cemas.. Muka bajet2 bertenang.. Muka pasrah.. HP nda berenti berbunyi.. "Tanya kamu di mana? Apa keadaan?".. Nampak tu poskad.. Nda drama lagi tu.. Time ni kami semua pasrah kalau terpaksa 'berkubur' tanpa nisan di bumi Krabi.. :|
Chao Fa Pier ~ Pasar malam.. Ini sejam lebih selepas Tsunami Warning ditarik.. Baru sedar yang sebenarnya perut lapar minta di-isi..
City Hotel at Krabi Town, tempat yang dikira selamat (if) Tsunami betul2 melanda.. Walhal, malaikat maut tu berada di mana-mana.. :|
Pose bibik-bibik siam.. Dan sebenarnya, kami lari ke hotel ini sehelai sepinggang.. Ini baju2 pinjam ehsan dari tour guide kami (Abg Rasheed & wife).. Ko hadah pose gini time vacation?? :p

Yeay!!! Syukur! tamat sambungan trip Krabi hari ke-3..to be continued..
ok Papai!!!

Labels