Krabi, Thailand - Part 2

DAY 2

Hari yang paling ditunggu-tunggu oleh kami ber-6..

Aktiviti utama hari ini ialah Island Hopping & Snorkeling (ada 4 pulau iaitu Twin island, Chicken island, Poda island & Phranang beach)

Aktiviti ni bermula dari jam 9.00 am dan tamat pada jam 4.00 pm.  (aktiviti 4 island hopping & snorkeling & lunch termasuk dalam pakej ) 

Maka dengan itu, semua pun bangun seawal yang mungkin..

Siap dengan bikini masing2..

Yakin tubuh badan dan wajah dilitupi sun-block..

So, kami pun berduyun-duyun breakfast..

Tepat jam 8.00 am (jam siam)

Kami dijemput oleh van agen Baracudda Tour..

Riak wajah kami sekalian memang tidak ubah seperti kanak-kanak ribena yang riang..

Nggak percaya.. Biar gambar yang omong-kan.. ;)

breakfast at hotel ~ aku, yayan, lyea & adik2nya memang excited gila.. kecuali akak yang sorang tu.. time cuti2 cenggini sempat lagi bawa lappy & kerja office.. huhuhu

seperti yang anda lihat.. menu utama kami berasaskan TELUR.. untuk kami saja setiap pagi hotel ni terpaksa spend 1 tray telur.. hahaha

waiting point ~ Ao Nang Pier.. Barracudas Tour.. Itulah nama agen kami di sana.. Mesti pakai sticker aaa.. Kalau nda tu tekong nda kasi naik di bot tu.. hahaha ;)
Ni awal pagi lagi.. Semua masih fresh.. Putih melepak.. Sopa-Excited mo naik tongkang! ;)

Atas tongkang.. Nda ba.. Ni dorang panggil Long-Tail Boat.. Pemandangan Pier Ao Nang dari tongkang.. ;)

Twin Island ~ dari jauh sudah boleh nampak daging2 salai berjemuran.. Pulau ni kecik ja.. Namun orang yang datang macam semut..

Twin Island ~ Time ni.. Semua sakai belaka mo snorkeling.. Padahal kaki cecah tanah.. Hahaha.. Namun air nya memang jernih & sejuk la.. Pantainya jua memang cantik.. Nda kisah sudah tu panas terik.. Once in a life time ba.. Bila lagi! ;)

Chicken Island ~ Memang cantik & unik ni pulau ciptaan Tuhan.. Aku nda nampak rupa chicken pun.. Macam rupa Unta ba.. hihihi

Chicken Island ~ Di sini kaki betul2 nda cecah apa2.. Sudah la nda pandai berenang.. Mengharap dengan life-jacket ja.. Hahaha.. See.. Ada ikan2 lalu lalang keliling badan lagi.. Umpan pakai roti paun ja.. ;)

Poda Island ~ Di sini kami singgah makan.. Layan ja la model2 Poda island & aksi melompat lebih tinggi tu aa.. :p

Phranang Island ~ Sini semua dah kepenatan.. Tapi tetap ada mood mo berendam.. Layan ja aksi Duyung Terdampar..


Ao Nang Pier ~ Habis sudah aktiviti island hopping & snorkeling.. Kulit sekalian jua sudah itom2 belaka.. Bergambar di atas Tuk Tuk!

Aktiviti di malam hari.. Free & Easy.. Dinner ni bukan termasuk dalam pakej.. Atas bantuan receptionist kami.. Beliau mencadangkan kami makan di Chaba Thai Kitchen ~ Ternyata memang berbaloi2 kami mencuba.. Highly recommended! Tomyam seafood nya.. Betul2 tip top! ;)

Ok! tammat Part 2..

Banyak gambar lebih 1k.. Lepas tapis-tapis ini saja lah yang mampu disiarkan.. hehehe.. jangan mareee..

Thanks for waiting my entry..

Bah.. Next.. Part 3.. Coming soon.. ;)

Krabi, Thailand - Part 1


DAY 1 


Seperti yang dijanjikan.. ayuk! sambung cerita..

9,April 2011 (Senin) - kami berkumpul di LCCT, KL. aku, yayan & tini datang seawal mungkin.. sempat makan2 di mcD LCCT lagi.. sambil2 menunggu tiga beradik (lyea,baby & adek)..

Namun, sejak azali.. walaupun datang awal.. kekecohan sentiasa ada..


dengan duit belum withdraw..

pastu belum tukar ThaiBaht lagi..

belum beli bateri camera la..

belum beli panadol la..

salah gate la..
lari-lari dengan high heel di air port la..

pintu gate dah tutup la.. (nasib akak Lyea yang cun tu pandai pujuk.. klu nda kompom cuti2 di LCCT, KL ja kami.. hahaha)

Macam-macam hal.. HAHAHA

1.15pm - flight kami pun berlepas.. KL-Krabi ambil masa 1 jam 20 minit sahaja.. Dekat ja kan.. Kalau order makan2 di kapal.. kompom nda dapat kunyah makanan dengan betul.. main telan-telan ja.. serius! nda caya.. cuba tanya adek! hahaha.. 

Jadi lain kali kalau mo p Krabi.. Nda payah la order2 makanan.. :p

2.35pm (jam M'sia) - kami pun sampai.. lepas beratur panjang cop pasport.. sempat menari-nari depan camera pacik imigresen lagi.. dekat jam 3.30pm baru dapat meloloskan diri dari pacik2 imigresen..

Sedap mengumpat.. sekali pacik imigresen tu pandai cakap Melayu la.. hahaha

 info : masa Thailand lewat sejam dari jam Malaysia..

Keluar2 ja.. Ada abang pegang sepanduk nama akak Lyea.. hihi.. sebelum meneruskan perjalanan abang tu bagi briefing2 aktiviti sepanjang di Krabi.. syukur la dapat guide pandai cakap melayu.. ;)

Oh ya.. nama abang si Lyea tu.. abang Rashid.. :p
Seterusnya.. kami pun dibawa balik ke Hotel.. sepanjang perjalanan nda dapat tidur.. walhal badan penat.. masing2 jakun dengan keindahan alam semulajadi di sana.. 

info lagi : cuaca di sana agak panas.. mesti minum H2o bergelen.. ;)

Timber House, Ao Nang..
Sesampainya di Hotel.. kami disambut oleh receptionist yang comel.. lagi comel dari pelakon Nang Nak la.. hihihi.. (tapi memang dia comel-halus-mulus orang nya..) kami dapat tiga bilik.. so, 1 bilik 2 orang la.. sangat selesa & sangat besar.. 

Memang kesakaian jua ni.. Macam nda pecaya bayar RM300 ja.. (untuk hotel 3N, service tip-top, 4 island hopping, dinner sedap2, guide sangat la baik.. lagi satu hotel ni nda lokek bagi tuala.. hahahah )

ni bilik aku dengan Lyea..
Puas tengok-tengok bilik dan sekeliling hotel.. tanpa berlengah masa.. kami sepakat nak jalan-jalan dekat Ao Nang Pier.. dari hotel kami menumpang Tuk-Tuk dengan tambang Baht20 / RM2..

Sekitar Ao Nang Pier ni berderet kedai menjual kelengkapan untuk mandi-manda, souvenir, travel agent, kedai makan dari masakan siam, italy, indian, chinese.. (haih macam2 ada.. lagi l yang aku pelik.. di sana berlambak drug shop)

Dan sebenarnya..

Dari hotel ke Ao Nang Pier dekat ja.. Macam dari center point ke wisma merdeka ja.. (cua kamu imagine.. :p)

muka excited naik Tuk-Tuk.. lol
sebahagian deretan kedai di sekitar ao nang pier.. rambang mata ni.. :p

Tepat jam 7.00 pm waktu siam, kami dijemput oleh guide kami.. untuk makan malam.. sepatutnya, BBQ di hotel tempat kami menginap.. namun, atas alasan was-was dengan status Halal-nya.. BBQ diganti dengan dinner di Ao Nang Orchid Resort..

Tarrraaa..!!

sebahagian dari makanan yang dihidangkan.. lebih kurang 20 hidangan.. ;)


photo selingan.. ^___^

aku suka bus stop di krabi ni.. comel2 belaka.. ;)
ok.. to be continued.. papai!  ;)

Trip Cewek2 Siam - Intro

assalamualaikum & hype!

eheh..

entri ke-2 untuk bulan april.. syabas beteh! (sejujurnya entri ni ditaip bulan lepas.. baru ada kesempatan mo edit balik.. huhuhu)

entri hari ini pengenalan untuk CUTI AWEKS2 BUJANG - with love KK-KL-KRABI bermula dari 7hb until 17 April.. 10 hari cuti2 Malaysia.. hahaha.. (sikit kena bagi notis berenti kerja.. cuti nda ingat diri.. hahaha)

trip bercuti bersama my BFF.. Lyea, Yayan, Tini (dan 2 adik kecik si Lyea - Adek & Baby) hihihi..

tidak pernah ter-plan hatta ter-mimpi untuk melancong ke luar negara bersama BFF sebelum ini.. (ayat skema karangan BM..:p)

semuanya bermula dari ajakan si Lyea.. si Lyea ni memang kaki melancong.. cakap ja ke negara mana.. semua bekas tapak kaki dia ada.. hihih.. (ok! itu buhung belaka! ;p )

dijadikan cerita.. kebetulan AA ada promo baik punya.. KL-Krabi.. return tix serendah RM200+ sahaja!

mulanya yang betul2 mo pegi.. aku, Lyea, Yayan & adek..

last minute.. cik Tini & cik Baby nak ikut.. (berkat seruan mantera krabi yang tidak henti2 dr yayan kepada Tini.. akhirnya.. akak Tini terjebak dengan cuti2 siam ini.. :p)

so, ber-tambah meriah la trip siam kami!

kira2 trip budget KK-KL-KRABI

Tix AA : KK-KL = RM130++ per head (return flight)

Tix AA : KL-KRABI = RM200++ per head (return flight)

Travel Agent di Krabi : RM300++ per head (Hotel Airport Transfer, Thai Travel Insurance, 3N Hotel Accommodation, Daily breakfast, 1 Dinner,4 Island Hopping & Snorkeling, Sightseeing Tiger Cave Temple)

Day 3 = RM 60 per head (Elephant Jungle Trekking/ Sightseeing Fish Farm/Krabi Town/Souvenir Shop/Outlet Village Krabi-Factory Outlet)

Additional-Time Tsunami Warning : RM180/6 per head (1N - City Hotel Krabi) ~~~> (terpaksa pindah hotel)

Pocket money tuk beli Souvenir + belacan + makan + minum  =  RM 300

Campur-Tolak-Darab-Bahagi : Total2 semua.. Perbelanjaanku dari KK-KL-KRABI-KL-KK.. RM999++

Cewek-cewek Siam itu... from the left to the right... hahaha :p

Baby, Tini, Me, Lyea, Yayan & Adek



ok.. to be continued.. ;)

Labels