Lempar wang RM350 tebus talak

credit to : google image


KUALA LUMPUR – Seorang wanita melemparkan segulung wang kertas RM50 yang kesemuanya berjumlah RM350 kepada seorang ahli perniagaan tekstil sebagai harga ‘khulu’ iaitu tebus talak selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengesahkan pasangan itu masih suami isteri yang sah.

Untuk berita lanjut.. Klik KOSMO ONLINE

---------------------------------------------------------------------------------------------

Apa itu Khulu? Khulu' bererti tanggal. 

Pengertian dari sudut syarak Khulu' adalah Penceraian yang diminta oleh isteri dari suaminya dengan memberi wang atau sebagainya. 

Di kalangan masyarakat Melayu, Khulu' juga membawa maksud "tebus talak", perkara ini berlaku disebabkan beberapa hal yang tidak disenangi oleh isteri terhadap suaminya.

More info tentang Khulu'.. Klik SINI dan SINI dan SINI

---------------------------------------------------------------------------------------------

Emm... Macam-macam.. Bila tengok dan baca kes-kes public figure bercerai kan.. (sapa public figure tu.. cek blog beliau.. ABANG NARA.) 

GERUN.. Sebab kes cerai-berai ni boleh berlaku pada sesiapa saja.. Tidak kira siapa kita.. orang biasa, artis, golongan di raja, professional.. Hatta, tukang kebun pun boleh bercerai.

Dalam perkahwinan. Bak kata lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.. Sedangkan lidah lagi tergigitkan, ini lagi suami isteri..

Ada TIGA perkara sebelum dan semasa duduk sebumbung.. 
  • Kenali pasangan kita & kenali diri kita.. (terima perbezaan, kenali personaliti pasangan).. 
  • Sebelum berkahwin.. Tanya diri anda.. Bersediakan untuk berkawen? (Bila sudah sedia.. Maka, bersedialah untuk sakit hati, berfikiran terbuka, kompromi)
  • Kadang-kadang langit tidak selalu cerah.. Bila perkahwinan tidak seiring.. (sedia untuk berpisah & menerima malu)..

credit to : yahoo image


Masa mengayat : Gunung sanggup ku daki, Lautan api sanggup ku renangi..

Masa bercinta : Berkepit macam belangkas.. Ke mana-mana berdua..

Masa bertunang : Bertandang ke rumah keluarga perempuan, bertukar-tukar cincin & bertukar hantaran berdulang-dulang... Belanja majlis bagai kenduri kahwin... 

Masa berkahwin : Majlis kahwin tunang bagai Raja berhari-hari.. Sanggup ikat perut semata-mata nak cukupkan duit hantaran kahwin dan ada kes yang pernah aku dengar sanggup berhutang dengan Ah Long Long.. 

Dah kahwin : Sudah duduk sebumbung.. Baru tahu.. Oh! ini rupanya 'wajah' sebenarmu... Masing-masing baru keluar 'taring'.. Oh! baru ku tahu rupanya perlakuanmu sebelum ni semuanya.. Auta belaka.. Oh! rupanya semua itu hanya drama sandiwaramu... 


Okai.. Renung-renungkan.. Selamattttttttt.. :)

5 comments:

Elih Japahar said...

Dunia sekarang ni senang2 je kahwin & cerai..melamar & cerai guna HP je, kenapa harus kahwin jika hanya untuk bercerai?..


Seluar Dalam 1Malaysia paling Laris Dijual

Amiirah Cassan said...

eisk , teruk nya , cerai guna hp , coward !!!

CikHaniBhulat said...

hurm..mcm2 sekarang ni..kalo suami baek, isteri mcm hantu..kalo isteri baek, laki lak mcm hantu...ni gara2 xpernah bersyukur

zureen said...

takutt :(

nowriz said...

elih : iya ba.. kecanggihan teknologi mo memudahkan kelancaran berurusan kan.. tapi ada pula yang ambil kesempatan bercerai guna gadget2 ni.. masa mo kawen bukan main datang berkunjung.. mo bercerai senang2 ja pakai sms...

amirah : itu picture sekadar hiasan.. apa pun.. memang pengecut la kalau bercerai pakai HP kan.. kalau masa meminang boleh minta manis2 dengan mertua mo kawen.. ni sudah nda suka pulangkan la bagus2 di rumah familynya kan..

cik hani bhulat : haah.. setuju tu.. tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan bagi..

zureen : iya memang menakutkan.. tapi ini lah realiti kehidupan.. tidak semua baik2 namun tidak semua jahat2,, :)